Sunday, July 25, 2010


Sebagai gurauan di pagi raya......



Marilah kita sucikan hati dengan bermaaf-maafan di antara satu sama lain.Mintak maaf ea da silap salah selama ini, terkasar bahasa...."SELAMAT HARI RAYA"




Pastikan ketupat salah satu dari menu anda pada pagi raya...pastinya raya anda akan lengkap.."SELAMAT HARI RAYA"



RAMADHAN BERLALU KINI MUNCUL SYAWAL YANG MULIA...MAAF ZAHIR BATIN EA KAWAN-KAWAN....


JOM BALIK KAMPUNG......


video

Sebelum tu dengar dulu lagu ni....confirm debaran nak balik makin dekat....hehhehe






Kita sebagai rakyat malaysia perlu bangga menjadi rakyat Malaysia...oleh itu marilah kt sama-sama memakmurkan negara kita....Malaysia Boleh!!! SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE-53




Saya bangga menjadi anak Malaysia dan kita semua patut menjadi anak bangsa yang berbakti kepada negara seperti tokoh-tokok yang berjuang bermati-matian demi kemerdekaan Malaysia...hidup Malaysia!!!..






Saya sayang Malaysia...WE LOVE MALAYSIA... MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!!




KEMERDEKAAN DI TANAH MELAYU


video



Saksikan pengertian kemerdekaan yang sebenar dan mendedahkan kita kepada sejarah kemerdekaan pada 31 ogos 1957. Jom saksikannya....




Banyakkan amal di bulan yang mulia ini dan kurangkan kontronvesi tingkatkan prestasi....



Jangan curi-curi makan....berdosa tau....tp perempuan dikecualikan....hehehhe..."selamat berpuasa penuh"....anda mampu mengubahnya....


Renung-renungkanlah.........


Jadikan tauladan......


Jangan pandai menunding jari ke arah orang lain saja...kt juga patut belajar dr kesilapan dan membantu kawan-kawan yang memerlukan portolongan bukan hanya melihat kesipan yang dilakukan olehnya sahaja..



BIMBINGAN


Bimbangan adalah proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya.

KAUNSELING

Kaunseling adalah satu proses perhubungan menolong secara profesional berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh Kaunselor mengikut Kod Etika Kaunselor (Peraturan-Peraturan Kaunselor - Kelakuan Dan Tatatertib 1999 dan Akta Kaunselor 1998) untuk membantu klien meneroka, menganalisis, memahami diri dan mampu membuat keputusan sendiri.


HUBUNGAN KAUNSELOR KLIEN:



*Tanggungjawab utama Kaunselor ialah menghormati integriti dan kebajikan klien sama ada klien dibantu secara individu atau berkelompok

*Dirahsiakan, kecuali jika keadaan klien menunjukkan tanda-tanda yang membahayakan dirinya atau orang-orang lain, di mana Kaunselor diharapkan mengambil tindakan secara langsung atau memaklumkan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab.

*Pegawai Kaunselor mestilah mendapat persetujuan yang sesuai daripada klien apabila menyampaikan hal-hal yang berkaitan dengan klien kepada pihak ketiga. Langkah-langkah yang berhati-hati diambil apabila menyampaikan maklumat melalui faksimili, mel elektronik dan sebagainya.

CARA MENYAMPAIKAN MAKLUMAT UNTUK MENJAMIN KERAHSIAAN

*Kaunselor hendaklah bertanggungjawab melindungi klien daripada ancaman fizikal atau trauma psikologi

* Kaunselor hendaklah berusaha memahami dan menghormati latar belakang sosial-budaya klien

*Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kedudukannya untuk memenuhi kepentingan emosi, seksual atau kewangannya.

*Kaunselor tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi berasaskan
ras, jantina, agama, status, ideologi, kecacatan fizikal, mental atau diskriminasi dalam bentuk apasekali pun.

*Kaunselor hendaklah menggalak dan membentuk pemahaman kendiri serta memupuk perkembangan tingkahlaku bertanggungjawab klien.

*Kaunselor hendaklah menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien


KOD ETIKA/ KERAHSIAAN:


Situasi : Ketika klien berjumpa dengan kaunselor

Perkhidmatan psikologi amat mementingkan aspek kerahsiaan. Ini bermakna segala rekod dan urusan surat-menyurat yang berkaitan dengan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah rahsia dan SULIT mengikut Peraturan-Peraturan Kaunselor (Kelakuan Dan Tatatertib) 1999 dan Akta Kaunselor 1998. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian bagi menjamin kerahsiaan adalah seperti berikut:

Sukarela

- Segala maklumat, rekod dan urusan surat-menyurat yang berkaitan dengan klien yang datang secara sukarela bagi mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah RAHSIA.

Merujuk kes untuk perkhidmatan bimbingan dan kaunseling



Kaunselor memberikan sepenuh perhatian kepada klien

- Ketua Jabatan atau perujuk yang ingin merujuk kes bagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling perlu menggunakan prosedur yang telah ditetapkan dalam Proses Kerja Merujuk Kes bagi Perkhidmatan Bimbingan dan Kauseling (Lampiran A) dan maklumat tersebut termasuk surat menyurat serta dokumen yang berkaitan adalah diklasifikasikan sebagai SULIT

-Membentuk, menyimpan, memperolehi, memindah, mengeluarkan dan mendedahkan rekod atau dokumen perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

-Ketua Jabatan dan pegawai yang terlibat dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling perlu mengekalkan kerahsiaan yang sesuai dalam membentuk, menyimpan, memperolehi, memindah, mengeluarkan dan mendedahkan redkod atau dokumen yang berkaitan dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

-Pengeculian pendedahan maklumat, rekod atau dokumen perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

-Maklumat, rekod atau dokumen yang berkaitan dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah rahsia kecuali untuk kebaikan klien, kebaikan orang lain, kebaikan organisasi atau keperluan undang-undang.



TUGAS KAUNSELOR DALAM MENGHADAPI PELBAGAI JENIS KLIEN



PROGRAM FASILITATOR MUDA


Waktu ni kami tengah menyertai program fasilitator muda yang di anjurkan oleh pihak MPP. terdapat 4 sesi kesemuanya dan ini adalah sesi pertama iaitu fasilitator berjiwa masyarakat. Melatih diri untuk menjadi fasilitator yang berkesan pada masa akan datang. bersemangat kawan-kawan!!! teruskan perjuangan anda..hehhehe


Ini nak pergi berperang ke nak pergi membersihkan kawasan...hehhehe...pe yang penting kerjasama!!!...emm sebenarnya kami nak pergi bersihkan kawasan rehat tanjung malim...kawan-kawan tahu x dkt mana kawasan rehat dkt TM???...ktorng pun baru tahu sblm ni tdk dibangunkan pun. kt sane ada peralatan untuk senaman, dan berhadapan dengan sungai...lawa dan nyaman jadi kenapa perlu pergi jauh untuk relaxkan fikiran....jom kt pergi ramai-ramai ea...

TAJUK POWER...


Cantiknya banner...kreatif bangat...yg penting bersatu padu...jaiyok2...



Warga SMKSB dan Para FC

Semua cuet2...walaupun agak kekok pada mulanya akhirnya mereka begitu permah dan mesra dengan kami. kami gembira dengan komitmen yang diberikan oleh para pelajar...ada jodoh n peluang jumpa lagi...

LAWATAN KE MUZIUM.....

Sempat kami posing2 dekat bandar perak ini....tp kesian waktu melawat dah abih, tapi mjur la da papan tanda ni leh gak lepas kempunan...hehhehehhe...

BERFESYEN DI TEPI TASIK....

Pak cik van memang spoting giler....best bangat...tp yg best yg sorg 2 kot...di kelilingi bunga...ye ke?....ye kot...hehhehe

Maka jadikan ini sebagai panduan di dalam hidup kita


POSING MAUT.....

ktorng posing ni bkn pe....tp xcted bilik khuliah lawa...hehhehe...nmpknya UPSI skrg semakin maju, tanduk semakin tinggi.....pe2 pun cntik2 gak tp jgn ttdo time blaja dah...hehhehe

LIMA GADIS PINGITAN


Semua pandang kamera, 1,2,3...klik....wah lawanya....
semuanya barisan forografi UPSI



PENGALAMAN BEST BANGAT.......


Semua kelihatan gembira setelah selesai mencuci kereta...yg kelakarnya kitorang sanggup cuci kereta coz dapat duit tp pling best dapat gak naik kte mahal wlpun x bgrak...hehhehehe...



Nak tahu x...dlm byk2 kumpulan, kitorang kumpulan yg mmpunyai ahli semua kecik2 tapi x disangka kami juara...2 la pengalaman paling manis dan lucu...yakin boleh mesti kita boleh...yang penting usaha...btl x kawan2?.....






SEMANGAT UNTUK BERJAYA !!!!

“Kalau mereka boleh berjaya, saya pun boleh berjaya"

Inilah kata-kata yang sering dilafazkan oleh orang yang cemerlang dalam hidupnya. Apabila menghadapi masalah atau jalan buntu, mereka tidak mudah berputus asa kerana berkeyakinan bahawa kalau orang lain boleh buat sesuatu atau berjaya mengapa mereka tidak boleh.

Rujukan mereka ialah orang yang cemerlang yang telah membuktikan kehebatan diri. Tetapi bagi orang yang lemah pula ada tiga kemungkinan. Pertama mereka tidak ada rujukan mana- mana orang yang cemerlang. Keduanya kalau ada pun rujukan orang yang cemerlang, mereka merasakan mereka tidak mampu atau layak untuk berjaya seperti itu. Atau ketiganya rujukan mereka ialah rakan orang lemah sendiri.

Bagi merasionalkan kelemahan atau kemalasan mereka, orang ini akan berkata “kalau si dia tu sudah berusaha pun masih gagal, buat apa kita berusaha bersungguh-sungguh” .

Membangun Kepercayaan diri

Bagi sebahagian kita yang punya masalah rendahnya kepercayaan- diri atau merasa telah kehilangan kepercayaan diri, mungkin Anda boleh menjadikan langkah- langkah berikut ini sebagai proses latihan:

1. Menciptakan definisi diri positif

Steve Chandler mengatakan, “Cara terbaik untuk mengubah sistem keyakinanmu adalah mengubah definisi dirimu.”
Bagaimana menciptakan definisi diri positif. Di antara cara yang boleh kita lakukan adalah:

Membuat kesimpulan yang positif tentang diri sendiri / membuat pendapat yang positif tentang diri sendiri. Positif di sini ertinya yang boleh mendorong atau yang boleh membangun, bukan yang merosakkan atau yang menghancurkan.

Belajar melihat bahagian-bahagian positif / kelebihan / kekuatan yang kita miliki

Membuka dialog dengan diri sendiri tentang hal-hal positif yang boleh kita lakukan, dari mulai yang paling kecil dan dari mulai yang boleh kita lakukan hari ini.

Selain itu, yang perlu dilakukan adalah menghentikan persepsi diri negatif yang muncul, seperti misalnya saya tidak punya kelebihan apa-apa, hidup saya tidak berharga, saya hanya beban masyarakat, dan seterusnya. Setelah kita menghentikan, tugas kita adalah menggantinya dengan yang positif, konstruktif dan motivatif. Ini hanya syarat dan tidak cukup untuk membangun kepercayaan diri.

2. Memperjuangkan keinginan yang positif

Selanjutnya adalah merumuskan program / agenda perbaikan diri. Ini boleh berbentuk misalnya memiliki target baru yang hendak kita wujudkan atau merumuskan langkah-langkah positif yang hendak kita lakukan. Entah itu besar atau kecil, yang pentingnya harus ada perubahan atau peningkatan ke arah yang lebih positif. Semakin banyak hal-hal positif (target, tujuan atau keinginan) yang sanggup kita wujudkan, semakin kuatlah keinginan kita. Kita perlu ingat bahawa pada akhirnya kita hanya akan menjadi lebih baik dengan cara melakukan sesuatu yang baik buat kita. Titik. Tidak ada yang boleh mengganti prinsip ini.

3. Mengatasi masalah secara positif

Semangat juga boleh diperkuatkan dengan cara memberikan bukti kepada diri sendiri bahwa kita ternyata berhasil mengatasi masalah yang menimpa kita. Semakin banyak masalah yang sanggup kita selesaikan, semakin kuatlah motivasi diri. Lama kelamaan kita menjadi orang yang tidak mudah menyerah kalah ketika menghadapi masalah. Kerana itu ada yang mengingatkan, begitu kita sudah terbiasa merasa pasrah atau kalah, ini nanti akan menjadi kebiasaan yang membuat kita seringkali bermasalah.

4. Memiliki dasar keputusan yang positif.

Kalau dibaca dari praktis hidup secara keseluruhan, memang tidak ada orang yang selalu yakin atas kemampuannya dalam menghadapi masalah atau dalam mewujudkan keinginan. Orang yang sekelas Mahatma Gandhi saja sempat goyah ketika tiba-tiba realiti berubah secara tak terduga-duga. Tapi, Gandhi punya cara yang boleh kita tiru:

“Ketika saya putus asa maka saya selalu ingat bahwa sepanjang sejarah, jalan yang ditempuh dengan kebenaran dan cinta selalu menang. Ada beberapa kejahatan dan pembunuhan yang sepertinya menang tetapi akhirnya kalah. Fikirkan ucapan saya ini, SELALU”.

Ertinya, kepercayaan Gandhi tumbuh lagi setelah mengingat bahawa langkahnya sudah dilandasi oleh prinsip- prinsip yang benar.

5. Memiliki model / teladan yang positif

Yang penting lagi adalah menemukan orang lain yang boleh kita contohi dari segi kepercayaan dirinya. Ini memang menuntut kita untuk sering membuka mata melihat orang lain yang lebih bagus dari kita lalu menjadikannya sebagai teladan atau idola. Demikian pentingnya peranan orang lain ini, ada yang mengatakan bahwa kita boleh memperbaiki diri dari dua hal:

a) pengalaman peribadi (life experiencing)

b) duplicating (mencontoh dan mempelajari orang lain).





PETUA PELAJAR CEMERLANG DARI DR FADZILAH KAMSAH

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

* kita ingat 10 % apayang dibaca
* kita ingat 20% apa yang didengar
* kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
* kita ingat 70% apa yang dicakapkan
* kita ingat 90% setelah dipraktikkan
* Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
* Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

3. Belajar dalam persekitaran kondusif

- pastikan cahaya adalah terang
- kurangkan gangguan bunyi
- tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
- tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
- kerusi dan meja menghadap kiblat
- jangan lupa untuk senyum
- Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

4. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

5. Tahu teknik merangsang memori:

- memasukkan maklumat dalam memori (registration)
- menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
- mengingat kembali (recall)
- menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

6. Sentiasa awal dan mendahului:

- persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
- pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
- belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
- untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

7. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

8. Mempunyai teknik membaca yang betul:

- duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
- memberikan tumpuan sepanuhnya
- menggunakan jari telunjuk untuk membaca
- menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

10. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

11. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

12. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

13. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock).

* Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.



14. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar)

15. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

16. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.

17. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

18. Mengulang kaji apabila mulai terlupa


19. Tahu petua mengulang kaji :

- cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
- siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
- duduk tegak dikerusi yang selesa
- baca doa penerang hati
- baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
- fikir dan ingat kembali isi utama
- catat/lakar
- semak semula ketepatan maklumat
- ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
- buat rumusan
- jawab soalan
- tampal maklumat yang rumit di dinding
- baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

20. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sbgnya.




21. Petua-petua agar tidak lupa:

- jangan makan kepala ikan
- jangan makan organ dalaman
- jangan minum semasa makan
- jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
- jangan melihat kemaluan
- jangan melihat buih
- jangan membaca nama pada batu nisan
- banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
- banyakkan makan kismis, kurma dan madu
- banyakkan makan kekacang
- pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
- jangan makan sehingga terlalu kenyang
- jangan kencing berdiri

22. Tahu kemahiran mengingat:

- tampal nota-nota penting di dinding
- tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- gunakan kaedah akronim
- reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
- pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

23. Cekap mengatur jadual belajar:

- mempunyai jadual belajar
- patuh kepada jadual
- buat jadual yang boleh diikuti

24. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.

25. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.

26. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan caradan topik untuk belajar.

27. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.

28. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).

29. Pelbagaikan tempat belajar.

30. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

31. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan
sebagainya.

32. Ciri-ciri pelajar cemerlang:

- taat kepada Allah
- mendirikan sembahyang
- menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
- hormati & sayangi guru
- bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
- suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
- membantu rakan yang memerlukan
- berdoa dan bersyukur kepada Allah
- sentiasa bertawakal
- mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)





video

Ini adalah kawan kita yang merupakan pelajar cemerlang SPM 2009, Kita sama-sama saksikan dan cube menggunakan pendekatannya ketika belajar...selamat menonton....




Orang OKU mampu mencipta kejayaan....kenapa tidak kita yang sempurna ini berjaya seperti mereka???...tepuk dada tanya selera...anda mampu mengubahnya

Kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada dan menggunakan kesempurnaan itu ke arah kebaikan dan pelajar OKU anda jangan berputus asa anda adalah insan yang terpilih dan anda perlu menyahut dugaan ini untuk terus maju kedepan....kita boleh dan anda juga boleh...boleh!!!!




KITA PERLU BERSEMANGAT DAN MAJU KE HADAPAN WALAU APA PUN
YANG BERLAKU HANYA KITA YANG TAHU DAN KEJAYAAN ADALAH MILIK SETIAP INSAN
USAHA + TAWAKAL =KEJAYAAN



1.Jika semua saluran urat darah dalam badan tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi Jalan Raya sepenjang 96,000 Kilometer.

2. Saraf ditubuh badan manusia dapat menghantar impuls kira-kira 90 Meter sesaat.

3. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 Meter persegi

4. Manusia akan hilang sebanyak 50 Peratus deria rasa pada usia 60 tahun
5. Setiap langkah kehadapan anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.

6. Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.

7. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

8. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit, iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

9. Secara purata sesaorang itu minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnnya

10. Manusia hanya menggunakkan 10 peratus daripada otaknya untuk berfikir.

11. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

12. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

13. Badan manusia mengandungi sulfur yang cukup untuk membunuh kutu anjing, karbon untuk membuat 9,000 batang
pensel, potassium, lemak untuk membuat 7 ketul sabun, fosforus untuk membuat 2,200 batang kepala manusia, air untuk
mengisi tangki sebanyak 37 liter.

14. Ketika mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan, ini kerana air liurlah yang membantu kita merasa sesuatu yang masin, manis, masam dan sebagainya.

15. Apabila anda mengecam muka seseorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan.

16. Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya.

17. Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu.

18. Secara purata kita menuturkan 30,000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Ini bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada.

19. Jika anda terkurung didalam bilik yang kedap udara, anda akan mati kerana keracunan karbon dioksida bukan kerana
kekurangan oksigen seperti yang disangkakan.

20. secara purata setiap orang makan 51 kilogram bahan perasa temasuk gula dan garam setahun.